Posts

Showing posts from November, 2020

Hebatnya Cinta Sang Pencipta

Image
Sebagai seorang makhluk Allah yang bergelar manusia sudah semestinya kita akan ada rasa sayang . Tapi , kebanyakan kita menyayangi manusia lebih dari kita menyayangi Allah . Kalau nak tahu siapa yang mendapat cinta Allah . Allah akan memberitahu Jibrail yang Dia mencintai seorang hamba ini . Lepastu , Jibrail pula akan memberitahu penduduk langit bahawa Allah SWT mencintai hamba ini . Dan penduduk langit pula akan mencintai hamba itu sehingga Allah menjadikan penduduk bumi pun turut mencintai hamba itu . Jadi , kalau rasa nak disayangi , kita kejarlah cinta Allah terlebih dahulu kerana Allah yang memegang hati hamba-hamba Nya untuk mencintai kita . 

Masa

Image
  Sebelum kita membazir masa yang ada , saya ingin kongsikan sesuatu . Terdapat tiga benda yang mengawal kehidupan kita iaitu MASA , KEKAYAAN , dan KESIHATAN . Ketika kita muda remaja , kita mempunyai MASA . Masa untuk bermain , masa untuk meneroka , masa untuk dibazirkan , masa untuk ingin tahu dan sebagainya . Dan semasa kita muda , kebanyakan kita semua mempunyai kesihatan yang baik , tenaga dan kekuatan . Tapi kebanyakan kita tidak mempunyai kekayaan . Bila kita dah mula bertambah usia , kita masih mempunyai kesihatan , mungkin tak sama macam dulu tapi kita masih sihat . Dan sekarang kita mungkin sudah ada kekayaan , kita ada banyak duit , kita ada rumah , jawatan , kereta dan sebagainya . Tapi kita tidak selalu mempunyai MASA . Duit boleh beli katil tapi tidak boleh beli waktu tidur . Duit boleh beli buku tapi bukan pengetahuan . Duit boleh dapat gelaran tapi tak boleh dapat hormat . Duit boleh beli jam tapi bukan masa . Kesimpulannya , bila kita muda , kita ada masa dan kesih...