Masa
Sebelum kita membazir masa yang ada , saya ingin kongsikan sesuatu . Terdapat tiga benda yang mengawal kehidupan kita iaitu MASA , KEKAYAAN , dan KESIHATAN . Ketika kita muda remaja , kita mempunyai MASA . Masa untuk bermain , masa untuk meneroka , masa untuk dibazirkan , masa untuk ingin tahu dan sebagainya . Dan semasa kita muda , kebanyakan kita semua mempunyai kesihatan yang baik , tenaga dan kekuatan . Tapi kebanyakan kita tidak mempunyai kekayaan . Bila kita dah mula bertambah usia , kita masih mempunyai kesihatan , mungkin tak sama macam dulu tapi kita masih sihat . Dan sekarang kita mungkin sudah ada kekayaan , kita ada banyak duit , kita ada rumah , jawatan , kereta dan sebagainya . Tapi kita tidak selalu mempunyai MASA . Duit boleh beli katil tapi tidak boleh beli waktu tidur . Duit boleh beli buku tapi bukan pengetahuan . Duit boleh dapat gelaran tapi tak boleh dapat hormat . Duit boleh beli jam tapi bukan masa . Kesimpulannya , bila kita muda , kita ada masa dan kesihatan tapi tidak kekayaan . Bila kita tua , kita ada duit dan kesihatan tapi kita tiada masa . Dan , bila dah makin berumur kita ada duit dan masa tapi tiada kesihatan untuk menggunakan kekayaan itu .
Comments
Post a Comment