KESABARAN adalah kunci kepada kejayaan . Tanpa kesabaran , kebaikan tidak akan datang kepada kita . Apakah erti kesabaran yang sebenarnya ? Kesabaran adalah bila sesuatu yang kita tidak mahu terjadi ataupun sesuatu yang tidak menggembirakan kita berlaku . Hati kita tidak akan merasa marah terhadap apa yang telah ditentukan atau ditulis oleh Allah . Malah , kita akan redha dengan apa yang terjadi dan lidah kita tidak mengeluh sedikitpun tentangnya .
Melakukan kesilapan bukan satu kesilapan . Tetapi mengulangi kesilapan yang sama itulah kesilapan sebenar . Dalam hidup ini , kita harus belajar memaafkan segala kesilapan orang terhadap kita . Tidak kira lah kesalahan itu sebesar apa pun , kerana di dunia ini semua pendosa , semua pernah melakukan kesilapan . Allah pun memaafkan kesilapan insan, mengapa kita tidak sudi memaafkan? Allah pun cinta kepada orang yang membetulkan kesilapannya, mengapa kita terus membencinya? Maafkan dirimu, dengan memberi peluang untuk diri sendiri membetulkan kesilapan. Maafkan orang lain, dengan menerima hakikat, kesilapan adalah fitrah seorang insan. Ingat kita hidup di dunia ini untuk mencari keredhaan Allah dan mendapat keampunan-Nya ...
Dalam penulisan sesuatu karya perlulah mempunyai kreativiti . Kreativiti adalah tindakan di mana kita membuat sesuatu yang baru , sesuatu yang tidak wujud sehingga kita menyatukannya . Kita mestilah , menjadi kreatif . Kreatif dari setiap segi , dari cara berfikir , cara kita ingin memulakan sesuatu penulisan . Dan untuk menulis , kita boleh mengambil inspirasi dari pelbagai sudut . Misalnya , seperti inspirasi dari buku-buku yang pernah kita baca , dari kisah hidup kita ataupun orang sekeliling . Kita boleh mengambil semua yang terjadi itu untuk dijadikan ilham untuk menulis supaya penulisan yang kita hasilkan itu menarik dan kreatif . Sekiranya ada kebaikan, ciptaan kita akan menjadikan sesuatu yang lebih berharga dan lebih baik daripada yang sebelumnya.
Comments
Post a Comment