Renungan
Di dunia ini seburuk apapun kita , kita akan selalu mempunyai kesempatan untuk berubah menjadi lebih baik . Proses menuju perubahan menjadi lebih baik itu dipanggil hijrah . Proses hijrah ini ada dua perkara . Pertama , sesuatu yang ada dalam diri kita sendiri atau kemahuan kita sendiri . Kedua adalah berkaitan dengan hidayah Allah . Maka untuk sahabat-sahabat yang sudah ada niat utk berhijrah . Ada tips supaya kita menjadi orang-orang yang dapat berhijrah dengan baik dan istiqamah .
Pertama , bersihkan hati kita . Biasanya sesuatu yang kotor susah untuk menerima sesuatu yang bersih , suci . Bahkan susah juga untuk menerima kebaikan-kebaikan . Jadi , sebelum kita berhijrah ada baiknya kita bersihkan hati dengan cara beristighfar kepada Allah dan in sha allah dengan perbanyakkan istighfar dosa-dosa kecil kita akan berguguran . Kemudian dapat mempercepat proses untuk membersihkan hati kita supaya selalu ingat Allah .
Kedua niatkan dengan ikhlas bahawa hijrah kita bukan kerana orang lain , bukan kerana seseorang , bukan kerana untuk dipanggil seseorang yang lebih baik . Tapi kerana Allah benar-benar memerintahkan kita untuk menjadi orang yang lebih baik maka inilah proses yang harus kita lalui . Berhijrah iaitu niat betul-betul kerana allah .
Ketiga jangan menangguh atau menunda hijrah . Disaat kita sudah mulai ingin berhijrah beerti hidayah Allah sudah datang kepada kita . Kita harus terus mencari bagaimana cara hijrah yang betul , bagaimana caranya untuk menjadi seseorang peribadi yang boleh berhijrah dengan baik .
Setelah kita lalui semua proses itu , yang paling penting dalam proses hijrah ini adalah BERSABAR . Sabar ini tiada batasnya . Jadi ketika kita sedang berada dalam proses hijrah ini , maka pasti akan banyak ujian . Dan syaitan tidak akan pernah diam dari terus menggoda kita kembali ke jalan awal kita . Perkuatkan niat , perkuatkan azam kita dan bersabarlah dalam proses ini semoga Allah selalu memberikan perlindungannya kepada kita semua . Semoga Allah selalu membimbing kita dalam proses mendapat hidayahnya untuk berhijrah ke arah lebih baik .
Comments
Post a Comment