Posts

Showing posts from December, 2020
Image
             Pagi ini saya memilih untuk bahagia dengan rasa syukur kepada Tuhan , Bahawa saya masih lagi boleh bernafas . Saya beruntung , alhamdulillah . 
Image
      Kesetiaan paling mahal untuk diberikan dalam kehidupan seseorang . Andai kita diberi kepercayaan untuk jaga itu , maka jagalah sebaiknya . Jangan persoalkan peluang . Manusia yang pandai hargai cinta dan kasih sayang , akan faham apa itu maksud peluang kedua . Tapi , kalau sudah diberikan terlalu banyak peluang masih benda yang sama terjadi . Peluang itu dah tidak akan pernah wujud lagi . Betul , kerana cinta itu tidak sempurna dan saling menyempurnakan antara satu sama lain . Tapi , ia hanya buat insan yang benar-benar faham dan ikhlas terhadap cinta itu .

PPBI untuk blog

Image
    Dalam penulisan sesuatu karya perlulah mempunyai kreativiti .  Kreativiti adalah tindakan di mana kita membuat sesuatu yang baru , sesuatu yang tidak wujud sehingga kita menyatukannya . Kita mestilah , menjadi kreatif . Kreatif dari setiap segi , dari cara berfikir , cara kita ingin memulakan sesuatu penulisan . Dan untuk menulis , kita boleh mengambil inspirasi dari pelbagai sudut . Misalnya , seperti inspirasi dari buku-buku yang pernah kita baca , dari kisah hidup kita ataupun orang sekeliling . Kita boleh mengambil semua yang terjadi itu untuk dijadikan ilham untuk menulis supaya penulisan yang kita hasilkan itu menarik dan kreatif . Sekiranya ada kebaikan, ciptaan kita akan menjadikan sesuatu yang lebih berharga dan lebih baik daripada yang sebelumnya.

Kesabaran

Image
     KESABARAN adalah kunci kepada kejayaan . Tanpa kesabaran , kebaikan tidak akan datang kepada kita . Apakah erti kesabaran yang sebenarnya ? Kesabaran adalah bila sesuatu yang kita tidak mahu terjadi ataupun sesuatu yang tidak menggembirakan kita berlaku . Hati kita tidak akan  merasa marah terhadap apa yang telah ditentukan atau ditulis oleh Allah . Malah , kita akan redha dengan apa yang terjadi dan  lidah kita tidak mengeluh sedikitpun tentangnya .

Renungan

Image
         Di dunia ini seburuk apapun kita , kita akan selalu mempunyai kesempatan untuk berubah menjadi lebih baik . Proses menuju perubahan menjadi lebih baik itu dipanggil hijrah . Proses hijrah ini ada dua perkara . Pertama , sesuatu yang ada dalam diri kita sendiri atau kemahuan kita sendiri . Kedua adalah berkaitan dengan hidayah Allah . Maka untuk sahabat-sahabat yang sudah ada niat utk berhijrah . Ada tips supaya kita menjadi orang-orang yang dapat berhijrah dengan baik dan istiqamah .      P ertama , bersihkan hati kita . Biasanya sesuatu yang kotor susah untuk menerima sesuatu yang bersih , suci . Bahkan susah juga untuk menerima kebaikan-kebaikan . Jadi , sebelum kita berhijrah ada baiknya kita bersihkan hati dengan cara beristighfar kepada Allah dan in sha allah dengan perbanyakkan istighfar dosa-dosa kecil kita akan berguguran . Kemudian dapat mempercepat proses untuk membersihkan hati kita supaya selalu ingat Allah .     K e...

Jodoh Itu Rahsia Allah

Image
           Manusia suka bercinta . Kenapa manusia masih bercinta walaupun pernah gagal dalam mempertahankan perhubungan itu ? Bercinta adalah dua jiwa yang berbeza bergabung kerana jodoh . Mungkin ada cabaran dalam proses ini  ,  juga akan ada banyak percanggahan . Namun , mereka juga akan saling memahami dan memaafi serta sudi berubah untuk satu sama lain . Jadi , sungguhpun bertemu dengan orang yang salah dan melalui banyak cabaran dan mulakan percintaan semula . Apabila terfikirkan bahawa awak akan bertemu dengan jodoh , akhirnya awak tetap akan menaruh harapan terhadap cinta . Sebab itu lah , kita harus sentiasa berdoa kepada Allah supaya menganugerahkan pasangan yang terbaik untuk kehidupan di dunia dan juga akhirat kita .

Maaf dan Memaafkan

Image
Melakukan kesilapan bukan satu kesilapan . Tetapi mengulangi kesilapan yang sama itulah kesilapan sebenar . Dalam hidup ini , kita harus belajar memaafkan segala kesilapan orang terhadap kita . Tidak kira lah kesalahan itu sebesar apa pun , kerana di dunia ini semua pendosa , semua pernah melakukan kesilapan . Allah pun memaafkan kesilapan insan, mengapa kita tidak sudi memaafkan? Allah pun cinta kepada orang yang membetulkan kesilapannya, mengapa kita terus membencinya? Maafkan dirimu, dengan memberi peluang untuk diri sendiri membetulkan kesilapan. Maafkan orang lain, dengan menerima hakikat, kesilapan adalah fitrah seorang insan. Ingat kita hidup di dunia ini untuk mencari keredhaan Allah dan mendapat keampunan-Nya ...